Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka
tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan
dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.'
Berkata Ulama
"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu urusan agamamu maka
orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu
diterimanya daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau
sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya."
Petikan dari Nasihat Al-Qamah kepada Puteranya
Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, "Wahai puteraku!Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah
engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:-
Jika kamu ditimpa bencana, maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu, maka ia akan segera mengusahakannya.
Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu itu.
Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya
Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik talian persahabatan itu.
Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan maka ia akan menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali
Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.
Jika kamu berdiam diri atau malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
Jika kamu berselisih faham dengannya maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.
Mutiara Kata
:: Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.
No comments:
Post a Comment