KEPERLUAN KEPERLUAN SOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLEH
AHLI- AHLI SUFI.
AHLI- AHLI SUFI.
Ahli ahli Sufi menulis bahawa ada dua belas ribu fadhilat yang dapat dicapai dalam solat melalui dua belas perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafaat yang penuh dari solatnya,dia mestilah menjaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.Perkara perkara itu adalah seperti berikut:
1. Ilmu:Sesuatu ibadat yang diamal tanpa ilmu amatlah rendah mutunya dari ibadat yang diamal dengan cukup ilmu.Oleh itu kita mestilah tahu:
a. yang manakah dari amalan amalan itu yang fardu dan yang sunat.
b. apakah yang fardu dan apakah yang sunat dalam wudhu dan solat.
c. bagaimanakah Syaitan itu menghalang dalam solat.
b. apakah yang fardu dan apakah yang sunat dalam wudhu dan solat.
c. bagaimanakah Syaitan itu menghalang dalam solat.
2. Wudhu:Kita mestilah cuba:
a. membersihkan hati kita dari hasad dan dengki saperti mana kita membersih anggota anggota badan kita yang lain.
b. menjaga diri kita agar bersih dari dosa.
c. supaya jangan membazir dalam menggunakan air.
b. menjaga diri kita agar bersih dari dosa.
c. supaya jangan membazir dalam menggunakan air.
3. Pakaian:Pakaian kita hendaklah:
a. yang diperolehi dari sumber yang halal
b. yang bersih.
c. menurut sunnah yakni mata kaki (buku lali) jangan ditutup
d. sederhana dan jangan yang bolih menunjukkan sifat pelagak dan pemegah.
b. yang bersih.
c. menurut sunnah yakni mata kaki (buku lali) jangan ditutup
d. sederhana dan jangan yang bolih menunjukkan sifat pelagak dan pemegah.
4. Waktu:Kita hendaklah boleh:
a. memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa.
b. berwaspada akan azan setiap ketika.
c. menitik beratkan waktu solat kerana takut kalau kalau terlambat.
b. berwaspada akan azan setiap ketika.
c. menitik beratkan waktu solat kerana takut kalau kalau terlambat.
5. Qiblat:Ada tiga perkara yang mesti dipastikan semasa mengadap qiblat:
a. kita hendaklah mengadap qiblat dengan jasad.
b. Hati kita mestilah selalu mengingati Allah kerana qiblat hati ialah Allah.
c. Taatilah Allah sepertimana hamba mentaati tuannya.
b. Hati kita mestilah selalu mengingati Allah kerana qiblat hati ialah Allah.
c. Taatilah Allah sepertimana hamba mentaati tuannya.
6. Niat:Untuk ini kita perlukan perkara perkara yang berikut ini yang mestilah dititikberatkan:
a. Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin akan solat yang hendak ditunaikan.
b. Kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang mengadap Allah yang melihat kita.
c. Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin bahawa Allah mengetahui segala apa yang ada didalam hati kita.
b. Kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang mengadap Allah yang melihat kita.
c. Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin bahawa Allah mengetahui segala apa yang ada didalam hati kita.
7. Takbir tahrima:Keperluan takbir tahrima adalah:
a. Lafaz lafaznya dilafaz dengan betul.
b. Kedua dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ketelinga.Ini menandakan bahawa kita sudah putuskan segala hubungan kita dengan segala galanya kecuali Allah.
c. Kebesaran Allah terasa didalm hati semasa melafaz "Allahu Akhbar"

8. Qiyam:Semasa qiyam kita hendaklah:
a. Pandang ke tempat sujud.
b. Rasa didalam hati bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah.
c. Jangan ingat apa apa
b. Rasa didalam hati bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah.
c. Jangan ingat apa apa
9. Qaraat:Keperluan keperluan qaraat adalah:
a. Menbaca Quran dengan tajwidnya.
b. memikiri makna ayat ayat yang dibaca.
c. cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya.
b. memikiri makna ayat ayat yang dibaca.
c. cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya.
10. Ruku':Keperluan keprluan ruku' adalah:
a. Belakang kita mestilah lurus yakni seluruh badan atas dari kaki hendaklah lurus saperti satu garisan.
b. Lutut dipegang kukuh kukuh dengan jari jari direnggangkan.
c. Mengucap tasbih dengan penuh tawadhu' dan khusyu'
b. Lutut dipegang kukuh kukuh dengan jari jari direnggangkan.
c. Mengucap tasbih dengan penuh tawadhu' dan khusyu'
11. Sujud:Keperluan keperluan sujud adalah:
a. Tangan diletak dekat dengan telinga.
b. Siku ditinggikan dari bumi.
c. Mengucap tasbih dengan khusyu'.
b. Siku ditinggikan dari bumi.
c. Mengucap tasbih dengan khusyu'.
12. Qaadah:Keperluan keperluan qaadah adalah:
a. Duduk di atas kaki kiri sedang kaki kanan ditegakkan.
b. Mengucap tasyahud dengan khusyu' serta
mengingati maknanya kerana ia mengandungi salawat atas Rasulullah s.a.w serta doa bagi saudara saudara kita orang Islam.
mengingati maknanya kerana ia mengandungi salawat atas Rasulullah s.a.w serta doa bagi saudara saudara kita orang Islam.
c. Menganggap salam sebagai satu ucapan salam kepada Malaikat Malaikat serta juga oarang orang disebelah kanan dan kiri kita.
Seperti mana yang telah dikatakan ikhlas adalah intisari bagi segala perkara maka ia menghendaki kita agar:
a. Bersolat semata mata untuk mencapai keredhaan Allah.
b. Memahami bahawa adalah hanya kerana rahmat dan rahimNya yang kita dapat bersolat.
c. Mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah.
a. Bersolat semata mata untuk mencapai keredhaan Allah.
b. Memahami bahawa adalah hanya kerana rahmat dan rahimNya yang kita dapat bersolat.
c. Mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment