Pengeluar kereta terkemuka Jepun - Honda - telah mengeluarkan
model Odesseyterbaru untuk tahun 2013. Model Odessey terbaru ini dijangkakan
akan dipasarkan pada musim panas (summer) di Amerika Syarikat. Model ini
menawarkan satu aksesori yang menarik yang belum pernah ditawarkan oleh
mana-mana pengeluar syarikat kenderaan di dunia. Aksesori terbabit adalah
Vacuum Cleaner. Vacuum Cleaner tersebut terletak di bahagian belakang kenderaan
tersebut.
Idea memasang Vacuum Cleaner tersebut datangnya dari anak
perempuan seorang jurutera yang melihat kekecewaan ayahnya setiap kali kereta
mereka dikotorkan oleh anaknya. Anak perempuan jurutera terbabit mengatakan
ayah perlukan Vacuum di dalam kereta ini, kata Tami Giammarco, Ketua Jurutera
untuk bahagian dalaman Odessey.
No comments:
Post a Comment