Wednesday, March 27, 2013

Jeep Cherokee Baru Yang Radikal


JEEP CHEROKEE baru telah muncul dengan reka bentuk radikal yang mungkin akan dibenci oleh golongan peminat lama (yang dah berumur @ tua). Wajah kacak lagi macho serta bentuk badan yang TOUGH ini akan menarik minat ramai terutamanya golongan muda. Reka bentuk Cherokee ini memang telah banyak berubah berbanding reka bentuk yang lama. Reka bentuk baru ini memang RADIKAL dan AWESOME. Sesuai untuk sesiapa yang berminat. Tak kira tua atau muda. 




Baru Sket


Lama


Yang Paling lama 




Honda Odessey 2013


Pengeluar kereta terkemuka Jepun - Honda - telah mengeluarkan model Odesseyterbaru untuk tahun 2013. Model Odessey terbaru ini dijangkakan akan dipasarkan pada musim panas (summer) di Amerika Syarikat. Model ini menawarkan satu aksesori yang menarik yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana pengeluar syarikat kenderaan di dunia. Aksesori terbabit adalah Vacuum Cleaner. Vacuum Cleaner tersebut terletak di bahagian belakang kenderaan tersebut.
Idea memasang Vacuum Cleaner tersebut datangnya dari anak perempuan seorang jurutera yang melihat kekecewaan ayahnya setiap kali kereta mereka dikotorkan oleh anaknya. Anak perempuan jurutera terbabit mengatakan ayah perlukan Vacuum di dalam kereta ini, kata Tami Giammarco, Ketua Jurutera untuk bahagian dalaman Odessey.