19
Mac – Konsert F1 Rocks Malaysia menampilkan
penyanyi terkenal Kylie Minogue dan Kelis yang sepatutnya diadakan di Menara
Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Mac ini telah dibatalkan.
Menurut
kenyataan daripada pihak penganjur, Enterprise Entertainment Ltd memohon maaf
kerana acara tersebut terpaksa dibatalkan atas alasan sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan.
Minogue
yang terkenal dengan lagu seperti "In Your Eyes" dan "Can't Get
You Out Of My Head" sepatutnya muncul pada 23 Mac untuk konsert berdurasi
90 minit tersebut dengan penyanyi R&B tempatan seperti James Baum dan
Reshmonu.
Manakala
Kelis yang sering berkolaborasi dengan barisan artis terkenal seperti
will.i.am, Mark Ronson, David Guetta, Bjork, Busta Rhymes dan ramai lagi pula
sepatutnya muncul pada malam kedua iaitu 24 Mac.
Acara
konsert F1 Rocks di Melbourne yang diadakan pada 17-18 Mac lalu telah berjalan
dengan lancar dengan persembahan daripada Lenny Kravitz, The Cranberries dan
Wolfmother.
Konsert F1 Rocks di Kuala Lumpur diadakan
bersempena F1 Grand Prix Malaysia yang akan berlangsung pada 23-25 Mac 2012 di
Litar Sepang.
Memang S3NTAP – Headline cakap batal tapi
sebenarnya ditukar venue ke Litar Sepang..
No comments:
Post a Comment